‘Ibrah dari Peristiwa Hijratul Rasul SAW
1. Jika seorang mukmin yakin dengan kekuatannya, dia tidak diminta menyembunyikan tindakannya. Bahkan dia hendaklah menyatakan secara lantang tanpa menghiraukan musuh musuh dakwahnya selagi mana dia percaya boleh menewaskan mereka. Ini sebagaimana yang dilakukan oleh Umar r.a. ketika beliau ingin berhijrah. Peristiwa ini juga membuktikan bahawa pendirian yang tegas akan menggerunkan musuh-musuh Allah dan mencampakkan rasa takut ke dalam diri mereka. Tidak diragukan, sekiranya mereka mahu berkumpul untuk membunuh Umar, mereka mampu melakukan. Namun, pendirian Umar yang berani telah mencampakkan rasa kecut ke dalam diri setiap mereka. Mereka bimbang sekiranya Umar dihalang, ibunya akan kehilangannya. Pendukung kejahatan amat kedekut (tak sanggup kehilangan) nyawa dan amat mencintainya.
2. Ketika golongan batil berputus asa untuk menyekat dakwah kebenaran dan islah; Dan ketika orang-orang mukmin terlepas daripada genggaman dan berada di tempat yang selamat, mereka akan mengambil tindakan terakhir dengan membunuh pendakwah yang melakukan pengislahan tersebut. Mereka menyangka jika mereka membunuhnya, mereka bebas daripada gangguan dan dakwahnya terkubur. Demikian cara fikir golongan jahat dan musuh pengislahan pada setiap zaman. Kami telah saksikan dan lihat kejadian seperti ini dalam hidup kami.
3. Seorang kader yang jujur dan ikhlas kepada dakwah islah sanggup mengorbankan nyawanya untuk pemimpinnya. Kerana keselamatan dakwah bergantung kepada keselamatan pemimpin. Dan jika pemimpin terkorban, dakwah akan terbiar dan lemah. Tindakan Ali r.a. tidur di tempat tidur Rasul s.a.w. pada malam Hijrah merupakan pengorbanan nyawa untuk menyelamatkan nyawa Rasulullah s.a.w.. Ini kerana ada kemungkinan pedang pemuda pemuda Quraisy akan dihayunkan ke kepala Ali r.a. sebagai membalas dendam, ekoran beliaulah yang memudahkan Rasulullah s.a.w. menyelamatkan diri. Namun Ali r.a. tidak menghiraukan perkara tersebut. Cukuplah bagi beliau, jika Rasulullah s.a.w., Nabi umat dan pemimpin dakwah terselamat.
4. Orang musyrik menyerahkan barang milik mereka untuk disimpan oleh Rasulullah s.a.w., sedangkan pada ketika yang sama mereka memerangi dan bertekad untuk membunuh Baginda. Tindakan ini menjadi bukti bahawa dalam diri musuh-musuh islah terdapat keyakinan terhadap kejujuran, amanah dan ketulusan jiwa pendakwah. Mereka juga yakin perjalanan hidup pendakwah lebih baik berbanding mereka. Pendakwah mempunyai sanubari yang lebih murni. Namun buta hati, sikap keras kepala dan pendirian konservatif untuk terus berpegang dengan adat resam dan aqidah sesat telah mendorong mereka memerangi dan memasang tipu daya. Bahkan jika berkesempatan, mereka melakukan komplot untuk membunuhnya.
5. Pemimpin dakwah, ketua negara atau ketua gerakan islah tidak dianggap pengecut atau lari daripada mati jika berfikir untuk menyelamatkan diri daripada konspirasi pihak yang menunggu-nunggu saat untuk membunuhnya. Mereka juga bukan kedekut untuk mengorbankan nyawa dan roh. Mereka bertindak sedemikian lantaran untuk menjayakansemula gerakan islah dengan lebih agresif dan aktif di medan yang lain.
6. Peranan yang dipikul oleh Abdullah bin Abu Bakar membuktikan pengaruh pemuda terhadap kejayaan dakwah. Mereka merupakan tiang kepada dakwah islah. Kesan keberanian mereka untuk berkorban dan menggadaikan diri menyebabkan dakwah mara dengan laju ke arah kemenangan. Kita dapati semua orang mukmin pada awal Islam adalah pemuda.Rasulullah s.a.w. berusia 40 tahun ketika diutuskan sebagai Rasul. Abu Bakar r.a. pula lebih muda tiga tahun daripada Baginda. Sementara Umar lebih muda daripada mereka berdua. Ali r.a. pula paling muda antara mereka semua. Manakala Othman r.a. juga lebih muda daripada Rasulullah s.a.w.. Demikian juga Abdullah bin Masud, Abdul Rahman bin Auf, al-Arqam bin Abi al-Arqam, Said bin Zaid, Bilal bin Rabah, Ammar bin Yasir r.a. dan lain-lain lagi.
Semuanya adalah pemuda. Mereka memikul beban dakwah di atas pundak mereka. Mereka
sanggup menanggung pelbagai pengorbanan di jalannya, merasa riang dengan siksaaan, kesakitan dan kematian demi kerananya. Melalui mereka, Islam telah menang. Di atas usaha mereka dan saudara-saudara mereka, negara Khulafa ar-Rasyidin tertegak dan berlaku pembukaan Islam yang indah. Dengan jasa mereka, Islam telah sampai kepada kita dan Allah telah membebaskan kita daripada kejahilan, kesesatan, keberhalaan, kekufuran dan kefasikan.
7. Peranan Aishah dan Asma r.ha. ketika Hijrah Rasul s.a.w. membuktikan wanita diperlukan dalam dakwah islah. Emosi mereka lebih halus dan lebih kuat desakannya. Jiwa mereka lebih toleransi dan hati mereka lebih baik. Apabila wanita beriman dengan sesuatu perkara, mereka tidak lagi menghiraukan segala kesusahan untuk menyebarkan keimanannya. Mereka berusaha meyakinkan suami, adik beradik dan anak-anak tentang perkara tersebut.
Jihad wanita untuk Islam pada zaman Rasul s.a.w. merupakan lembaran-lembaran putih berseri. Ini menegaskan kepada kita hari ini, gerakan pengislahan Islam akan terus melangkah perlahan dan kurang efektif dalam masyarakat sehinggalah wanita menyertainya. Mereka membina generasi pemudi di atas asas iman, akhlak, kesucian dan kemurnian. Selain menjadi isteri dan ibu, mereka lebih mampu menyebarkan nilai-nilai yang diperlukan oleh masyarakat kita hari ini di kalangan wanita berbanding lelaki. Wanita Islam berjasa besar dalammendidik generasi sahabat yang masih kanak-kanak, begitu juga generasi tabiun.
Wanita Islamlah yang telah berperanan membentuk generasi-generasi ini di atas dasar akhlak dan
adab Islam. Mereka juga berperanan membina generasi-generasi ini atas asas kecintaan kepada Islam dan Rasulhya. Generasi tersebut merupakan generasi yang paling agung diketahui oleh sejarah dari segi tekad, juga kemurnian perjalanan hidup serta kebaikan agama dan dunia.
Hari ini kita wajib memahami hakikat ini. Lantas kita berusaha agar para pemudi dan para isteri membawa panji-panji dakwah islah ke tengah-tengah masyarakat wanita. Mereka melebihi separuh daripada umat. Justeru itu kita dituntut memberi perangsang kepada anak anak dan adik-beradik perempuan kita untuk mempelajari syariah di sekolah-sekolah yang dipercayai pengajaran Islamnya, seperti Kuliah Syariah di universiti kita.
Roda pengislahan Islam mampu kita tolak ke depan lebih kuat setiap kali bertambah bilangan pemudi-pemudi yang alim tentang agama, faqih tentang syariat, mahir dengan sejarah Islam, mengasihi Rasulullah s.a.w., berakhlak dengan akhlak Baginda dan akhlak Ummahat al-Mukminin. Kita juga semakin menghampiri hari masyarakat Islam akan tunduk kepada hukum hakam Islam dan syariatnya. Perkara ini akan menjadi realiti, insya Allah.
8. Penglihatan orang musyrik telah disekat daripada melihat RasuluUah s.a.w. dan sahabat Baginda (Abu Bakar) di Gua Thur. Sedangkan mereka berada di situ. Terdapat juga riwayat-riwayat yang menceritakan tentang sarang labah-labah dan anak-anak burung menetas di mulut gua tersebut. Semua kejadian ini adalah antara contoh yang menjadikan hati-hati merasa tunduk khusyuk terhadap penjagaan Tuhan kepada para rasul, para pendakwah dan kekasih-Nya. Allah yang merahmati hamba-Nya tidak akan mengizinkan Rasul s.a.w. jatuh ke dalam genggaman orang musyrik, kemudian mereka menghapuskan Baginda dan dakwahnya. Dia mengutuskan Baginda sebagai rahmat untuk seluruh alam. Demikianlah Allah bersikap belas kepada hamba-hamba-Nya yang berdakwah dan ikhlas pada saat-saat genting. Dia juga menyelamatkan mereka daripada situasi yang kritikal.

(Dalam banyak kejadian), Allah menutup pandangan golongan yang mahu melakukan kejahatan dan pengkhianatan terhadap para pendakwah. Peristiwa Rasul dan Abu Bakar terselamat selepas orang musyrik mengepung mereka berdua di Gua Thur membenarkan firman Allah Tabarak wa Taala yang bermaksud:
"Sesungguhnya Kami tetap membela serta mempertahan-kan Rasul-rasul Kami
dan orang-orangyang bvriman - dalam kehidupan dunia ini danpada saat
bangkitnya saksi-saksi (pada hari kiamat)". (Ghafir: 51)
Dan firman Allah Tabaraka wa Taala:
"Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman." (Al-Hajj: 38)
9. Semasa di Gua Thur, Abu Bakar takut kalau-kalau orang musyrik melihat beliau dan Rasul s.a.w.. Ia menjadi sikap yang patut dimiliki oleh kader dakwah yang jujur bersama pemimpinnya yang amanah pada saat bahaya mengeli-linginya. Beliau merasa bimbang dan simpati terhadap keselamatan nyawa pemimpinnya. Abu Bakar pada ketika itu tidak bimbangkan keselamatan dirinya sendiri. Jika beliau bimbangkan keselamatan dirinya, nescaya beliau tidak akan menemani Rasulullah s.a.w. dalam hijrah yang bahaya itu. Beliau mengetahui balasan paling minima adalah bunuh jika orang musyrik dapat menangkapnya bersama Rasulullah s.a.w.. Namun behau bimbangkan nyawa Rasul yung mulia dan masa depan Islam sekiranya Rasul s.a.w. jatuh ke dalam genggaman orang musyrik.
10. Dalam jawapan Rasul s.a.w. kepada Abu Bakar untuk meredakan kebimbangannya:
"Wahai Abu Bakar, kamu sangka (kita) berdua, sedangkan Allah adalah yang ketiga"
Ini menjadi contoh keyakinan benar terhadap Allah, rasa tenang dengan pertolongan- Nya dan bertawakkal kepada-Nya ketika susah. la juga menjadi bukti jelas tentang kebenaran dakwaan Rasul s.a.w. sehagai Nabi. Walaupun Baginda berada dalam situasi paling gawat, namun jelas tanda-tanda ketenangan pada diri Baginda. Baginda s.a.w. yakin bahawa Allah yang mengutuskan nya mombawa petunjuk dan rahmat kepada manusia paeti tidak akan membiarkannya pada saat-saat itu. Adakah kamu lihat ketenangan seperti ini terbit daripada orang yang berlagak sebagai nabi dan meniru sifat kerasulan? Pada situasi-situasi sebegini,akan tampak perbezaan jelas antara pendakwah islah dengan orang yang sekadar mendakwa dan menyamar. Hati-hati pendokong dakwah ini sentiasa dan selama-lamanya melimpahkan rasa redha dengan Allah dan yakin dengan pertolongan-Nya. Sementara mereka yang hanya berlagak, keberaniannya akan luntur ketika berhadapan dengan perkara yang menakutkan dan kecundang ketika susah. Mereka juga tidak mendapati Allah sebagai pelindung mahupun pembantu.