Tuesday, August 23, 2011

Perhimpunan Cucu Tok Don

1. Ini Fakih Hamdi...setakat ni..dia anak bongsu..keluarga ust manzur



2. Ini lagi dua hero ..udin dan..... telupa pulak nama mamat kat belakang tu...




4. Sebahgaian daripada cucu cucu tok don..berkumpul di seremban cuti yang lalu..di taman basikal..

Sejarah Basikal

Basikal ialah sejenis kenderaan berkuasa manusia yang mempunyai dua roda yang dipasang ke rangka. Diperkenalkan buat pertama kali di Eropah pada abad ke-19, basikal telah berkembang dengan begitu pantas menjadi reka bentuk biasa pada hari ini. Berjumlah melebihi 1,000,000,000 [1] di seluruh dunia pada hari ini, basikal memberikan satu cara pengangkutan yang utama di banyak kawasan serta sebagai bentuk pengangkutan rekreasi yang popular di kawasan yang lain.
Basikal ialah salah satu daripada rekaan manusia yang ketara. Bentuk dan tatarajah asas bagi rangka, roda, pengayuh, tempat duduk, dan hendal tidak banyak bertukar sejak model pemacu rantai pertama diperkembangkan di sekitar 1885 [2], walaupun banyak perbaikan perincian yang penting telah dibuat, khususnya kebelakangan ini, dengan menggunakan bahan-bahan moden dan reka bentuk terbantu komputer (CAD).
Basikal telah memberikan kesan yang penting terhadap sejarah dalam alam budaya dan perindustrian. Pada tahun-tahun yang awal, pembinaan basikal mempergunakan teknologi yang sedia ada; pada masa kebelakangan ini, teknologi basikal sebaliknya telah menyumbang kepada bidang-bidang yang lebih baru.


2 Beradik wright bersaudara


Orville dibuang daripada salah satu sekolah rendah disebabkan tingkah lakunya yang nakal.[1] Pada tahun 1878, ayahnya, seorang paderi kembara (kemudian menjadi biskop), membawa balik ke rumah sebuah helikopter mainan untuk kedua-dua anak yang paling kecil. Mainan itu berdasarkan rekaan Alphonse Penaud, perintis kejuruteraan penerbangan Perancis. Dibuat daripada kertas, buluh dan gabus, dengan gelang getah untuk memutarkan daun kipas kembar, saiznya hanya sedikit besar berbanding tapak tangan dewasa. Wilbur dan Orville bermain dengan mainan ini sehingga mainan itu patah, dan kemudian membina mainan itu sendiri. Pada tahun-tahun kemudian, mereka menunjukkan kepada pengalaman dengan mainan ini sebagai pencetus untuk minat mereka terhadap penerbangan.
Pada tahun 1885 atau 1886, Wilbur mengalami kemalangan ketika sebatang kayu hoki terpukul mukanya dalam satu permainan hoki dengan kawan-kawannya. Walaupun beliau amat kuat dan cergas sehingga saat itu, dan kecederaannya nampak tidak begitu teruk, beliau menyepikan diri dan tidak menyertai Yale sebagaimana yang dirancang. Wilbur menghabiskan masa pada beberapa tahun berikut di rumah untuk menjaga ibunya yang menghidap penyakit yang membawa maut, dan sentiasa membaca buku-buku di dalam perpustakaan ayahnya. Beliau kemudian hanyut ke syarikat percetakan yang dimulakan oleh Orville, dan kelihatan tidak mempunyai sebarang cita-cita.



1. Kanak kanak perlu dilayan mengikut kadar pemikiran mereka

2. Sediakan tempat selamat untuk mereka bermain

3. Biarkan anak exsplore setiap saat kehidupan mereka dengan kegembiraan..org tua guide dan jelaskan kalau mereka melakukan kesalahan..bimbing mereka untuk belajar dari pengalaman.




1 comments:

nurlisa kamal said...

dah besaq dah kak long anak ust manzur! dlu fakih hamdi tu baby lagi time saya keluar maktab! :D